Posts

PELAJAR UIAM DINOBATKAN ANUGERAH TOKOH SISWA PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Image
Fatin Azzahra menerima Anugerah Tokoh Siswa 2017 yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis(UniMap) Oleh Roslan Rusly Perlis - - Pelajar bidang Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) , Fatin Azzahra Binti Lokman dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah  Siswa Peringkat Kebangsaan 2017 yang berlangsung di Dewan Ilmu, Universiti Malaysia Perlis (UniMap) pada 22 September lalu. Dalam majlis yang sama juga, Fatin Azzahra juga turut menerima Anugerah Majlis Perwakilan Pelajar 2017. Ini menjadi UIAM membawa pulang dua anugerah. Dengan kemenangan tersebut, beliau membawa pulang hadiah Wang Tunai sebanyak ringgit Malaysia 3,000.00, Sijil, telefon pintar Samsung Note 9, sebuah komputer riba dan Pakej Percutian ke Bandung dn piala. Manakala untuk anugerah lain masing-masing membawa pulang hadiah berupa Wang Tunai sebanyak ringgit Malaysia 1,000.00, Sijil dan Piala. Duli Yang Teramat Mulia(DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, R

PELAJAR UIAM JUARA PENDAKWAH MUSLIMAH 2018

Image
Raudhatul Jannah Binti Mohd Rozli(tengah) ketika dinobatkan sebagai Juara Pendakwah Muslimah 2018   Oleh Roslan Rusly Gombak - - Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) yang juga Timbalan Presiden 1, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 17/18(MPP UIAM), Raudhatul Jannah Binti Mohd Rozli dinobatkan sebagai Juara Pendakwah Muslimah 2018, iaitu sebuah rancangan realiti dakwah terbitan TV Alhijrah yang bersiaran secara langsung pada 22 september lalu. Beliau menewaskan empat lagi peserta pada pertandingan akhir tersebut. Dengan mendapat pungutan markah keseluruhan tertinggi, beliau berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 5,000, Pakej Umrah serta trofi kemenangan sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Beliau berjaya mengatasi saingan sengit dari Pendakwah Muslimah Nurul Amirah dan Pendakwah Muslimah Noor Hidayah yang berpuashati dengan kedudukan kedua dan ketiga. Berbekalkan semangat, keyakinan dan ilmu di dada, Pendakwah Muslimah Raudhatul Jannah menggunakan tagline 

TIGA PELAJAR UIAM WAKILI MALAYSIA KE SUKAN ASIA

Image
Tiga pelajar UIAM mewakili Negara ke Sukan Asia 2018.Dari kiri Mohd Uzair bin Zubli, Mohammad Izzat bin Muhamad Abdul Karim dan Mohd Nabil bin Abdul Razak. Oleh Roslan Rusly  Tiga orang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) mewakili negara dalam acara sukan handball untuk Sukan Asia yang akan berlangsung di Jakarta, Palembang Indonesia pada 18 Ogos sehingga 2 September 2018. Mereka terdiri daripada Muhammad Nabil Bin Abdul Razak pelajar jurusan Undang-undang,  Mohd Uzair Bin Zubli pelajar Kulliyyah Kejuruteraan dan Mohammad Izzat Bin Muhamad Abdul Karim pelajar Pusat Asasi. Ketiga-tiga mereka akan bersama dengan pasukan handball Malaysia untuk membawa cabaran dalam kategori lelaki. Menurut Muhammad Nabil ketika di temui berkata beliau tidak akan mensia-siakan peluang yang ada dan tidak akan menghampakan harapan yang diberikan. "Saya akan pastikan bahawa peluang yang diberikan tidak akan disiakan dan kini saya menggalas tanggungjawab mewak

UIAM RAIKAN PELAJAR ANTARABANGSA SEMPENA KEHADIRAN SYAWAL

Oleh Roslan Rusly Gombak, 26 Jun - - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) meraikan pelajar antarabangsanya yang melanjutkan pengajian mereka di UIAM dalam pelbagai bidang. Seramai 250 orang pelajar yang berasal dari 33 buah negara seperti Turki, Arab Saudi, Bangladesh, China, Afrika dan dari pelbagai negara lain bersama-sama meraikan kehadiran syawal dalam majlis yang dianjurkan di Kampus Gombak. Turut hadir bersama meraikan sambutan ini ialah Presiden UIAM, Tan Sri Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim yang juga penasihat sosio budaya kerajaan Malaysia, Rektor UIAM, Prof. Dato Sri Zaleha Kamaruddin dan pengurusan tertinggi universiti. Majlis ini dianjurkan adalah untuk meraikan pelajar antarabangsa yang mana mereka terpaksa beraya di perantauan dan berjauhan dari keluarga. Dalam masa yang sama ia salah satu cara untuk memberikan kegembiraan kepada mereka yang hanya beraya bersama rakan-rakan. Majlis turut dimeriahkan dengan jamuan juadah hari raya  dari Malaysia dan Arab. Wakil-

BAHASA MELAYU PERLU DIJADIKAN ASAS DALAM PEMBENTUKAN BUDAYA TINGGI MASYARAKAT MALAYSIA

Image
Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim menyampaikan ucaptama berkenaan dengan “Pencapaian Budaya Tinggi di Kalangan Masyarakat Malaysia" yang berlangsung di Beijing Foreign Studies University(BFSU) Oleh Roslan Rusly Beijing, 10 Mei - -Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim menyampaikan ucaptama berkenaan dengan “Pencapaian Budaya Tinggi di Kalangan Masyarakat Malaysia”. Beliau dijemput oleh Penyandang Kerusi Pengajian Melayu universiti tersebut iaitu Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan untuk menyampaikan ucaptama. Dalam ucapan yang disampaikan, Tan Sri Dr. Rais Yatim menjelaskan pembudayaan tinggi dikalangan masyarakat malaysia adalah amat perlu dan mesti di semai bukan sahaja di Malaysia malah melalui rakyat Malaysia yang berada di seluruh dunia supaya mereka menjadi duta kecil kepada negara dan amalan pembudayaan tinggi itu boleh dijadikan contoh dan ikutan. Ini boleh diambil contoh bagaimana rakyat Jepun dan Korea mengama