Posts

Showing posts from 2017

UIAM RAIKAN PELAJAR ANTARABANGSA SEMPENA KEHADIRAN SYAWAL

Oleh Roslan Rusly Gombak, 26 Jun - - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) meraikan pelajar antarabangsanya yang melanjutkan pengajian mereka di UIAM dalam pelbagai bidang. Seramai 250 orang pelajar yang berasal dari 33 buah negara seperti Turki, Arab Saudi, Bangladesh, China, Afrika dan dari pelbagai negara lain bersama-sama meraikan kehadiran syawal dalam majlis yang dianjurkan di Kampus Gombak. Turut hadir bersama meraikan sambutan ini ialah Presiden UIAM, Tan Sri Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim yang juga penasihat sosio budaya kerajaan Malaysia, Rektor UIAM, Prof. Dato Sri Zaleha Kamaruddin dan pengurusan tertinggi universiti. Majlis ini dianjurkan adalah untuk meraikan pelajar antarabangsa yang mana mereka terpaksa beraya di perantauan dan berjauhan dari keluarga. Dalam masa yang sama ia salah satu cara untuk memberikan kegembiraan kepada mereka yang hanya beraya bersama rakan-rakan. Majlis turut dimeriahkan dengan jamuan juadah hari raya  dari Malaysia dan Arab. Wakil-

BAHASA MELAYU PERLU DIJADIKAN ASAS DALAM PEMBENTUKAN BUDAYA TINGGI MASYARAKAT MALAYSIA

Image
Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim menyampaikan ucaptama berkenaan dengan “Pencapaian Budaya Tinggi di Kalangan Masyarakat Malaysia" yang berlangsung di Beijing Foreign Studies University(BFSU) Oleh Roslan Rusly Beijing, 10 Mei - -Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim menyampaikan ucaptama berkenaan dengan “Pencapaian Budaya Tinggi di Kalangan Masyarakat Malaysia”. Beliau dijemput oleh Penyandang Kerusi Pengajian Melayu universiti tersebut iaitu Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan untuk menyampaikan ucaptama. Dalam ucapan yang disampaikan, Tan Sri Dr. Rais Yatim menjelaskan pembudayaan tinggi dikalangan masyarakat malaysia adalah amat perlu dan mesti di semai bukan sahaja di Malaysia malah melalui rakyat Malaysia yang berada di seluruh dunia supaya mereka menjadi duta kecil kepada negara dan amalan pembudayaan tinggi itu boleh dijadikan contoh dan ikutan. Ini boleh diambil contoh bagaimana rakyat Jepun dan Korea mengama