Posts

Showing posts from September, 2018

PELAJAR UIAM DINOBATKAN ANUGERAH TOKOH SISWA PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Image
Fatin Azzahra menerima Anugerah Tokoh Siswa 2017 yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis(UniMap) Oleh Roslan Rusly Perlis - - Pelajar bidang Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) , Fatin Azzahra Binti Lokman dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah  Siswa Peringkat Kebangsaan 2017 yang berlangsung di Dewan Ilmu, Universiti Malaysia Perlis (UniMap) pada 22 September lalu. Dalam majlis yang sama juga, Fatin Azzahra juga turut menerima Anugerah Majlis Perwakilan Pelajar 2017. Ini menjadi UIAM membawa pulang dua anugerah. Dengan kemenangan tersebut, beliau membawa pulang hadiah Wang Tunai sebanyak ringgit Malaysia 3,000.00, Sijil, telefon pintar Samsung Note 9, sebuah komputer riba dan Pakej Percutian ke Bandung dn piala. Manakala untuk anugerah lain masing-masing membawa pulang hadiah berupa Wang Tunai sebanyak ringgit Malaysia 1,000.00, Sijil dan Piala. Duli Yang Teramat Mulia(DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, R

PELAJAR UIAM JUARA PENDAKWAH MUSLIMAH 2018

Image
Raudhatul Jannah Binti Mohd Rozli(tengah) ketika dinobatkan sebagai Juara Pendakwah Muslimah 2018   Oleh Roslan Rusly Gombak - - Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) yang juga Timbalan Presiden 1, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 17/18(MPP UIAM), Raudhatul Jannah Binti Mohd Rozli dinobatkan sebagai Juara Pendakwah Muslimah 2018, iaitu sebuah rancangan realiti dakwah terbitan TV Alhijrah yang bersiaran secara langsung pada 22 september lalu. Beliau menewaskan empat lagi peserta pada pertandingan akhir tersebut. Dengan mendapat pungutan markah keseluruhan tertinggi, beliau berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 5,000, Pakej Umrah serta trofi kemenangan sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Beliau berjaya mengatasi saingan sengit dari Pendakwah Muslimah Nurul Amirah dan Pendakwah Muslimah Noor Hidayah yang berpuashati dengan kedudukan kedua dan ketiga. Berbekalkan semangat, keyakinan dan ilmu di dada, Pendakwah Muslimah Raudhatul Jannah menggunakan tagline