BAHASA MELAYU PERLU DIJADIKAN ASAS DALAM PEMBENTUKAN BUDAYA TINGGI MASYARAKAT MALAYSIA

Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim menyampaikan ucaptama berkenaan dengan “Pencapaian Budaya Tinggi di Kalangan Masyarakat Malaysia" yang berlangsung di Beijing Foreign Studies University(BFSU)

Oleh Roslan Rusly

Beijing, 10 Mei - -Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim menyampaikan ucaptama berkenaan dengan “Pencapaian Budaya Tinggi di Kalangan Masyarakat Malaysia”. Beliau dijemput oleh Penyandang Kerusi Pengajian Melayu universiti tersebut iaitu Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan untuk menyampaikan ucaptama.

Dalam ucapan yang disampaikan, Tan Sri Dr. Rais Yatim menjelaskan pembudayaan tinggi dikalangan masyarakat malaysia adalah amat perlu dan mesti di semai bukan sahaja di Malaysia malah melalui rakyat Malaysia yang berada di seluruh dunia supaya mereka menjadi duta kecil kepada negara dan amalan pembudayaan tinggi itu boleh dijadikan contoh dan ikutan.

Ini boleh diambil contoh bagaimana rakyat Jepun dan Korea mengamalkan amalan pembudayaan tinggi dan dijadikan sebagai contoh kepada masyarakat dunia. Disiplin melalui didikan seperti menepati masa dan waktu, membersihkan bilik darjah, rumah kediaman dan persekitaran institusi pelajaran sendiri, hidup mencintai buku dan bacaan serta lain-lain aspek budaya positif.

“Masyarakat Korea dan Jepun menyedari erti, dan hakikat peribahasa berkaitan lentur rebung sebelum menjadi buluh, justeru amalan-amalan praktikal yang berkaitan dengan masyarakat penyayang, perihatin, hormat ibu bapa, guru dan orang tua, cintakan ilmu dan kebersihan, hidup bantu-membantu, menghormati hak orang lain, menghargai warisan dan seni. Semua ini dan banyak lagi diajar semasa peringkat kanak-kanak lagi”. Ujar beliau.

Dalam memperkatakan sistem kehidupan berbudaya tinggi, bahasa sebenarnya memainkan peranan yang amat penting.  Bahasa yang tersusun perlu mengandungi unsur-unsur  kemanusiaan yang tinggi yang akan meninggalkan kesan-kesan positif kepada sesuatu bangsa atau komuniti. Bahasa yang mampu menyalurkan ilmu boleh dijadikan bahasa perdagangan dan perhubungan antara kaum juga mampu mempengaruhi hubungan manusia dalam ertikata  bahasa masyarakat itu dipandang tinggi oleh komuniti antarabangsa. Sebaliknya jika bahasa sesuatu bangsa itu hanya setakat bahasa lingua franca pembudayaan tinggi akan sukar dicapai.

Menurut Tan Sri Dr. Rais Yatim, Dalam konteks ini kita boleh melihat bagaimana bahasa Inggeris, Cina (Mandarin), bahasa Perancis, Jepun, Rusia, Jerman dan Korea menjadi bahasa pengantar kepada pembentukan budaya. Bahasa-bahasa ini telah dijadikan bahasa ilmu, bahasa perdagangan dan dalam banyak perkara sebagai bahasa antarabangsa.

“Komuniti yang menjadikan bahasa-bahasa ini sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa ilmu perlu menyedari bahawa melalui bahasa ia boleh memberikan kesan patriotisme dan pembudayaan yang mendalam. 

Secara kontranya, apabila masyarakat Malaysia bergelumang dengan bahasa Inggeris menerusi apa jua dasar bahasa yang buat oleh kerajaan atau keluarga mereka, maka anggota masyarakat itu akan sentiasa membawa dan mengamalkan sebahagian daripada pembudayaan Inggeris.  Ini sedang berlaku dengan jelasnya di kalangan masyarakat kita di Malaysia sekarang. Bahasa Inggeris misalnya sudah dipakai dalam komunikasi bahasa Melayu seharian”.ujarnya lagi.

Bahasa juga boleh dijadikan sebagai alat pembudayaan, jika bahasa Inggeris itu digunakan secara meluas orang mengutamakan bahasa tersebut. Lama kelamaan bahasa Melayu akan dijadikan sebagai bahasa kedua dan akhirnya akan hanya jadi bahasa komunikasi antara golongan-golongan yang dikelaskan bawahan dan orang Melayu sendiri tak lagi akan fasih untuk berbahasa Melayu.

“Britain dan Amerika Syarikat telah lama mengetahui rahsia ketamadunan ini dan pada hari ini mereka meneroka dunia dengan bahasa Inggeris yang kecenderungannya terus menjadi bahasa pembudayaan dunia serta lain-lain fungsi yang terisi melalui hiburan, komunikasi, penulisan, politik dan lain-lain. Ini bergantung pada azam nasional masing-masing yang di tengah-tengahnya ialah daya juang rakyat”.katanya.

TSRY bergambar bersama pelajar BFSU yg mengambil kursus
Bahasa Melayu
Beliau menyampaikan ucaptama tersebut di hadapan 100 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar dari Malaysia yang belajar di sana termasuk pelajar tempatan, para pensyarah dan kakitangan yang berlansung di Pusat Pengajian Luar Universiti Beijing(BFSU),China.



Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Presiden BFSU Prof. Dr. Yan Guo Hua, Dekan Pusat Penyelidikan Melayu Prof. Dr. Wu Zhong Yu.

Transformasi Nasional 50 (TN50) semestinya mempunyai penjiwaan budaya tinggi jika ia mahu diterima sebagai piagam perjuangan masa depan. Begitu juga dari segi perpaduan kaum di tanah air kita. Perlu juga diwujudkan dan di arus perdanakan perpaduan melalui pelaksanaan dasar budaya tinggi anak Malaysia.

“Kita di Malaysia mesti meyakini keteguhan daripada ungkapan “bersatu dalam kepelbagaian” budaya, agama dan kepercayaan selain kecenderungan dan pegangan politik. Bahasa Melayu perlu kita sandarkan keyakinan untuk masa hadapan dengan usaha serta perjuangan untuk menjadikan bahada Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perdagangan serta bahasa komunikasi utama”.ujarnya lagi.

Tan Sri Dr. Rais Yatim juga turut menjelaskan usaha-usaha yang telah pun mula digerakkan dalam pewujudan pembudayaan tinggi dikalangan masyarakat Malaysia melalui penganjuran Kongres Budaya 2017, ia boleh dijadikan sebagai sokongan untuk mendapatkan perhatian Perdana Menteri Malaysia dan akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.


Apa yang diharapkan agar,  masyarakat Malaysia yang berada di luar negara dapat menjaga dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar diantara masyarakat Malaysia agar bahasa Melayu menjadi lambang sesebuah bangsa dan negara.

Comments

  1. The casino with roulette machines | Vannienailor4166 Blog
    Casino roulette https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ game is one of the most popular casino games in casino-roll.com Malaysia. 토토 It offers the latest games with the best odds, casinosites.one with big goyangfc payouts and easy

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TIGA PELAJAR UIAM WAKILI MALAYSIA KE SUKAN ASIA

PELAJAR UIAM JUARA PENDAKWAH MUSLIMAH 2018

PELAJAR UIAM DINOBATKAN ANUGERAH TOKOH SISWA PERINGKAT KEBANGSAAN 2017