Posts

Showing posts from May, 2017

BAHASA MELAYU PERLU DIJADIKAN ASAS DALAM PEMBENTUKAN BUDAYA TINGGI MASYARAKAT MALAYSIA

Image
Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim menyampaikan ucaptama berkenaan dengan “Pencapaian Budaya Tinggi di Kalangan Masyarakat Malaysia" yang berlangsung di Beijing Foreign Studies University(BFSU) Oleh Roslan Rusly Beijing, 10 Mei - -Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim menyampaikan ucaptama berkenaan dengan “Pencapaian Budaya Tinggi di Kalangan Masyarakat Malaysia”. Beliau dijemput oleh Penyandang Kerusi Pengajian Melayu universiti tersebut iaitu Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan untuk menyampaikan ucaptama. Dalam ucapan yang disampaikan, Tan Sri Dr. Rais Yatim menjelaskan pembudayaan tinggi dikalangan masyarakat malaysia adalah amat perlu dan mesti di semai bukan sahaja di Malaysia malah melalui rakyat Malaysia yang berada di seluruh dunia supaya mereka menjadi duta kecil kepada negara dan amalan pembudayaan tinggi itu boleh dijadikan contoh dan ikutan. Ini boleh diambil contoh bagaimana rakyat Jepun dan Korea mengama