PELAJAR UIAM JUARA PENDAKWAH MUSLIMAH 2018


Raudhatul Jannah Binti Mohd Rozli(tengah) ketika dinobatkan sebagai Juara Pendakwah Muslimah 2018
 Oleh Roslan Rusly



Gombak - - Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) yang juga Timbalan Presiden 1, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 17/18(MPP UIAM), Raudhatul Jannah Binti Mohd Rozli dinobatkan sebagai Juara Pendakwah Muslimah 2018, iaitu sebuah rancangan realiti dakwah terbitan TV Alhijrah yang bersiaran secara langsung pada 22 september lalu.

Beliau menewaskan empat lagi peserta pada pertandingan akhir tersebut. Dengan mendapat pungutan markah keseluruhan tertinggi, beliau berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 5,000, Pakej Umrah serta trofi kemenangan sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Beliau berjaya mengatasi saingan sengit dari Pendakwah Muslimah Nurul Amirah dan Pendakwah Muslimah Noor Hidayah yang berpuashati dengan kedudukan kedua dan ketiga.

Berbekalkan semangat, keyakinan dan ilmu di dada, Pendakwah Muslimah Raudhatul Jannah menggunakan tagline 'Dakwah Bilhikmah Pasti Kemah!' 

Raudhah yang berasal dari Shah Alam Selangor itu dilihat sangat tenang, tegas dan bersahaja dalam mengupas tajuk Suami & Anakku Penghuni Syurga secara padat dan tepat serta ia memberikan
kelebihan pungutan markah tertinggi yang diberikan oleh juri.

Kemenangan yang diraihnya itu juga dilihat serba sedikit mampu mengubah pandangan tipikal sesetengah masyarakat Islam di negara ini tentang kerja-kerja dakwah oleh wanita.

Sewaktu di temui beliau menjelaskan bahawa, beliau sendiri agak terkejut dan tidak menyangka akan bergelar Juara memandangkan saingan hebat yang diberikan oleh lima finalis lain.

“Kemenangan ini bukanlah titik muktamad kepada perjalanan saya untuk menjadi Pendakwah Muslimah. Tetapi ia adalah detik permulaan buat saya secara serius menggerakkan langkah Ummah.” ujar pelajar tahun akhir UIAM yang juga peserta termuda.

Pada pertandingan akhir itu dua orang juri telah pun dijemput iaitu Juri Professional iaitu  Datuk Dr. Izhar Mohd Ariff dan Dr. Nik Salida Suhaila

Pendakwah Muslimah 2018 melabuhkan tirainya. Rancangan ini menyasarkan misi mencari pendakwah terbaik di kalangan wanita dan mengubah fikiran konservatif sesetengah masyarakat mengenai peranan wanita dalam pembangunan Islam.

Comments

  1. The Shops at Hollywood Casino at Charles Town Hall, MO - JTAH Hub
    › events › grand 영천 출장샵 › events › grand The Shops at Hollywood Casino at 성남 출장안마 Charles 춘천 출장안마 Town Hall is located on a 5-acre reservation 춘천 출장안마 at Charles 세종특별자치 출장샵 Town Hall. This small community has a rich history of gambling. JT Hub offers

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TIGA PELAJAR UIAM WAKILI MALAYSIA KE SUKAN ASIA

PELAJAR UIAM DINOBATKAN ANUGERAH TOKOH SISWA PERINGKAT KEBANGSAAN 2017