TIGA PELAJAR UIAM WAKILI MALAYSIA KE SUKAN ASIA



Tiga pelajar UIAM mewakili Negara ke Sukan Asia 2018.Dari kiri Mohd Uzair bin Zubli, Mohammad Izzat bin Muhamad Abdul Karim dan Mohd Nabil bin Abdul Razak.
Oleh Roslan Rusly

 Tiga orang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) mewakili negara dalam acara sukan handball untuk Sukan Asia yang akan berlangsung di Jakarta, Palembang Indonesia pada 18 Ogos sehingga 2 September 2018.

Mereka terdiri daripada Muhammad Nabil Bin Abdul Razak pelajar jurusan Undang-undang,  Mohd Uzair Bin Zubli pelajar Kulliyyah Kejuruteraan dan Mohammad Izzat Bin Muhamad Abdul Karim pelajar Pusat Asasi.

Ketiga-tiga mereka akan bersama dengan pasukan handball Malaysia untuk membawa cabaran dalam kategori lelaki.

Menurut Muhammad Nabil ketika di temui berkata beliau tidak akan mensia-siakan peluang yang ada dan tidak akan menghampakan harapan yang diberikan.

"Saya akan pastikan bahawa peluang yang diberikan tidak akan disiakan dan kini saya menggalas tanggungjawab mewakili negara saya sebaik mungkin cuba buat yang terbaik untuk negara kita".

Bukan itu sahaja, jurulatih pasukan handball UIAM,Koh Chan Seng juga turut dipilih dan diserapkan dalam pasukan negara.

Mereka bertiga terpilih mewakili negara apabila melepasi peringkat saringan yang dianjurkan.

Sebelum mereka terpilih mewakili negara, bakat mereka dicungkil dan dikesan oleh jurulatih mereka melalui kejohanan sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia(MASUM).

Selepas MASUM mereka terus diserap ke Kem Latihan Negara untuk menjalani latihan bersama rakan pasukan yang lain dalam acara sukan yang sama.

Mereka juga akan mewakili pasukan Kuala Lumpur untuk bertanding dalam acara handball di Sukan Malaysia(SUKMA) yang akan berlangsung di Perak pada 14 hingga 22 september ini.

Comments

Popular posts from this blog

PELAJAR UIAM JUARA PENDAKWAH MUSLIMAH 2018

PELAJAR UIAM DINOBATKAN ANUGERAH TOKOH SISWA PERINGKAT KEBANGSAAN 2017